Tuesday, December 30, 2008

Pemuda Gombak Sertai Demonstarsi Mengecam Amerika & Israel

Dewan Pemuda PAS Gombak mengesa seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan zalim rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Israel terus menjadi bangsa yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Membunuh dengan kejam dan dahsyat rakyat Palestin yang lemah dan tidak berdosa. Membunuh umat Islam yang sedang tersepit dengan pelbagai kesukaran akibat dari mainan politik dunia dan kuasa besar yang zalim.

Isu serangan di Gaza adalah isu hak asasi manusia dan kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih keras bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sahaja. Sebagai orang Islam kita wajib bersama rakyat Palestin menyokong usaha mereka mendapatkan hak mereka.

Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 30 Disember 2008. Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji. Dewan Pemuda PAS Gombak tidak ketinggalan untuk menyertai perhimpunan ini dan akan terus menyokong sebarang usaha ke arah itu.


Friday, December 26, 2008

hjybx6lfjgvbdvvprl7.jpg

Monday, December 22, 2008

Smart Solat Pertingkat Pengetahuan Ibadah dikalangan Kanak-kanak & Remaja

Bertempat di Surau Al-Mardhiyah Taman Melawati telah berlangsung satu program SMART Solat untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Program SMART Solat anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, UKJ Hulu kelang dengan kerjasama Surau Mardhiah, taman melawati telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Saari Sungib ADUN Hulu Kelang.

Seramai 134 kanak-kanak lelaki dan perempuan telah menyertai program ini yang bertujuan memberi tunjuk ajar serta panduan yang betul mengenai solat seawal usia 6 tahun. Program ini adalah lanjutan daripada beberapa program SMART Solat yang telah diadakan sebelum ini.

Program yang bermula jam 8.30 pagi di dahului dengan ucapan oleh tuan imam Surau Al-Mardhiyah dan diikuti oleh ucapan dan perasmian oleh YB.

Selepas itu para-ibu bapa meningalkkan anak-anak masing-masing dan program diteruskan dengan pembahagian kumpulan oleh para fasilitator dari Darul Quran Kuala Kubu iaitu sebuah kolej tahfiz tajaan JAKIM.

Aktiviti pembelajaran telah disampaikan oleh Uztaz Kamalulhisyam @ Farhan.

Program in iterbahagi kepada beberapa bab seperti wudhu, solat, gerak kerja berkumpulan yang dibantu oleh fasilitator dan praktikal solat.

Para peserta juga telah disediakan dengan minum pagi, makan tengahari dan minum petang dan pada akhir program, para peserta menerima sijil penyertaan dari penganjur.



Saturday, December 20, 2008

Majlis Khatan Pemuda Gombak Meriah

Kg. Nakhoda, 19 Dis - Majlis khatan anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 11 MPS dengan kerjasama Unit Amal Gombak berlangsung dengan meriah dan penuh tradisi. Program ini adalah sebahagian acara tahunan Dewan Pemuda PAS Gombak bertujuan untuk memberi perkhidmatan sosial kepada masyarakat selain memenuhi tuntutan syariat kepada kanak-kanak yang bakal menempuh alam remaja.

Hampir 30 orang kanak-kanak menyertai program khatan beramai-ramai kali ini yang berumur dalam lingkungan 10-12 tahun. Program dirasmikan oleh Ust Hasbullah Mohd Ridwan, Ahli Majlis Perbandaran Selayang yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Acara tahun ini berlangsung dengan suasana meriah dan penuh tradisi. Kanak-kanak yang menyertai khatan kali ini di arak dengan paluan kompang dan bunga manggar serta di bawa mengelilingi kampung dengan menaiki lori. Ini sekurang-kurangnya memberi keseronokan dan mengurangkan rasa gementar di kalangan mereka.

Apa yang menarik program ini mendapat liputan daripada wartawan reuters (Malaysia,) Bazuki Muhammad dan disiarkan di dalam blog di http://bazuki.com/recentworks/

lagi liputan program khatan :

1. Reuters
4. Edward, seorang blogger US >> http://edwardv. livejournal. com/


Thursday, December 18, 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu - Pemuda PAS Gombak sedia hantar petugas


Kekosongan kerusi Parlimen P036 Kuala Terengganu akan menyaksikan pilihanraya kecil akan diadakan pada 17 Januari 2009. Umum mengetahui kerusi tersebut adalah milik PAS dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.


Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak bersedia untuk menyertai dan menghantar petugas pilihanraya seramai yang mungkin ke Kuala Terengganu. Arahan rasmi akan dikeluarkan kepada seluruh ahli pemuda PAS Gombak supaya turun bertugas bermula pada 12 – 17 Januari 2009. Walaubagaimanapun Pemuda PAS Gombak akan menyertai jentera Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan PAS Negeri Selangor dan akan patuh kepada arahan yangakan diberikan.


Dewan Pemuda PAS Gombak juga menyahut penegasan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa penyertaan PAS bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini untuk menang.


Berkenaan soal calon, kita patuh akan menerima siapa sahaja calon parti yang diisytiharkan atas keputusan Majlis Syura, bagi kita selaku jemaah Islam sentiasa diajar bahawa pilihan raya ini adalah satu peperangan jihad, maka serahkanlah jiwa dan hartabenda kita untuk memastikan kemenangan Islam, kita akan berjuang dalam pilihanraya dengan keyakinan dan tekad bahawa kemenangan yang diraih adalah kemenangan jemaah dan bukan kemenangan calon atau individu, insyaAllah.


Oleh

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Gombak


Tuesday, December 16, 2008

Pemuda PAS Gombak Anjur Ibadah Korban

10 Dis 2008, Taman Permata - Seperti tahun-tahun sebelumnya, Dewan Pemuda PAS Gombak akan menganjurkan Program Ibadah Korban bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama dan memupuk semangat pengorbanan yang tinggi dikalangan pemuda dan masyarakat setempat. Program kali ini mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dan masyarakat sekitar Taman Permata Hulu Kelang.

Program kali ini juga menampakkan kelainan berbanding tahun sebelumnya dimana petugas korban, urusan agihan daging dan gotong royong memasak adalah terdiri daripada Pemuda PAS Gombak sendiri disamping dibantu oleh masyarakat sekitar. Dua ekor lembu berjaya ditumbangkan dan daging tersebut di agihkan kepada penduduk sekitar dan sebahagiannya di masak untuk menjamu petugas-petugas dan masyarakat sekitar.

Petugas-petugas yang terlibat telah menunjukkan semangat pengorbanan yang tinggi sebagaimana yang dituntut oleh agama. Tanpa mengira penat lelah dan habuan, mereka bekerjasama dan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah yang amat dituntut ini. Disamping dapat merapatkan ukhwah islamiah, program ini juga mampu membangunkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan mematuhi arahan agama.


Gambar koleksi Program Korban DPPG - klik disini


Sunday, December 14, 2008

Pemuda PAS Gombak Duta Penyelamat & Kasih Sayang

Friday, December 12, 2008

Misi Kemanusiaan Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Bukit Antarabangsa, 11 Dis - Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak melalui Unit Amal telah terpanggil untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Hampir 30 petugas Unit Amal Gombak menyertai misi tersebut yang diketuai oleh Sdr Normazali Zainal, Ketua Penyelaras Unit Amal Gombak. Antara bantuan yang diberi ialah menyediakan makanan kepada petugas-petugas dan mangsa di tempat kejadian dan juga membantu mangsa memindahkan barang-barang daripada rumah mereka.

Misi seperti ini merupakan tugas biasa Unit Amal Gombak sekiranya berlaku musibah & bencana diseluruh negara, seperti peristiwa tsunami di Kedah, Banjir di Johor, Pekan dan banyak lagi.


Koleksi Gambar Sila layari disini

XPDC Amal Mendaki Bukit Tabuh Hulu Kelang

Dewan Pemuda PAS Gombak melalui Unit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang dan Unit Amal Gombak telah mengadakan Ekspidisi mendaki Bukit Tabuh di Hulu Kelang Pada 30 Nov 2008.

Program ini yang dianjurkan dengan kerjasama oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang, Briged Amal dan Kelab Belia Ulu Kelang (UKYC). Hampir 30 peserta menyertai ekspidisi kali ini yang merupakan program susulan daripada Perkhemahan Amal Gombak yang diadakan baru-baru ini.

Remaja dan belia yang menyertai ekspidisi ini telah didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat samada dari segi mental dan fizikal disamping dapat meluangkan masa mereka dengan gaya hidup yang sihat.

Lagi gambar sila layari disini
Lihat video sila layar disini