Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ziarah rumah ke rumah bertemu pengundi dan merayu undi, mengedarkan risalah kempen, 'wayang pacak', jamuan rakyat (BBQ) dan mengiringi calon berkempen serta bertemu pengundi. Antara program yang popular dan mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan masyarakat setempat ialah 'wayang pacak' atau tayangan video. Segala perbelanjaan, peralatan dan pengurusan program selama 3 hari adalah hasil usaha dan sumbangan Dewan Pemuda PAS Gombak untuk pilihanraya kecil kali ini.
Dewan Pemuda PAS Gombak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang dalam menjayakan misi kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Semoga usaha yang sedikit ini akan mendapat keredhaan Allah dan di anugerahkan kemenangan. InsyaAllah.



