Wednesday, February 18, 2009

Taklimat Perundangan Krisis DUN Perak



17 Feb - PAS Kawasan Gombak telah menganjurkan satu siri penerangan khusus membincangkan kemelut politik dan perlembagaan di Perak dari kacamata perundangan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh peguam PAS, Sdr Hanipa Maidin yang juga merupakan AJK PAS Pusat.

Hampir 200 orang dari kalangan pimpinan PAS Cawagan, Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Gombak hadir mendengar taklimat tersebut yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Seri Siantan, Batu Caves.

Salah satu tujuan program tersebut diadakan ialah bagi memastikan kepimpinan mendapat maklumat yang betul dan mampu menguasai isu khususnya berkaitan kemelut politik dan perundangan yang berlaku di Perak.

Wednesday, February 11, 2009

Sokongan Moral Kepada Kerajaan PR Perak

Ahad, 8/2/09 - Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Hampir 20 pemuda telah berkonvoi dengan 4 buah kereta menuju ke Ipoh sempena Himpunan Rakyat di Kediaman Menteri Besar Perak. Ceramah pada malam tersebut disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Y.B Nizar Jamaluddin dan Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.


Berkumpul di Perkarangan Pejabat PAS Gombak Sebelum Bertolak


Aksi sebahagian Pemuda Gombak di Hadapan Kediaman Menteri Besar Perak

Lautan Manusia Memenuhi Kediaman Menteri Besar Perak


Berita oleh : UKJ Gombak Setia




Monday, February 9, 2009

Jaulah Pemuda Rapatkan Ukhuwah

Jaulah. Itulah kalimah yang muncul pada bengkel pelan tindakan Dewan Pemuda PAS baru-baru ini. Mungkin ada yang kali pertama mendengar kalimah tersebut, bagi mereka yang belajar bahasa arab, sudah memahami dari konteks maknanya.

Apapun, program anjuran lajnah tarbiyah ini telah berjaya mengikat utuh hati-hati dan ukhuwah para pejuang. Program ringkas dimulai dengan solat asar berjemaah ditengah-tengah padang permainan Tasik Titiwangsa 'membuka' mata dan minda para pengunjung Tasik Titiwangsa. Itulah antara tujuan program Jaulah, melorongi persepsi dan minda masyarakat tentang tuntutan ibadah dalam Islam.

Kuliah lima minit atau 'kulim' selepas solat berjemaah ibarat 'charger' yang mengecas semangat waja para pemuda. Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Khairul Fahmi dalam ucapannya menegaskan adalah amat penting program-program pembinaan dan penyatuan fikrah seperti ini dalam gerakerja dakwah dan siasah khususnya para pemuda. Kelangsungan dan kejayaan sesuatu aktiviti yang dijalankan adalah bergantung kepada sejauh mana kekuatan fikrah dan ukhuwah para pemuda. Kehadiran bersama ahli keluarga pada program ini menambahkan lagi semangat ukhuwah sesama ahli.

Oleh itu, program jaulah seperti ini perlulah di laksanakan sekerap yang mungkin dalam usaha pembentukan dan pembinaan amilin yang mempunyai hati yang cintakan ukhuwah fillah.



















Monday, February 2, 2009

Bengkel Pelan Tindakan DPPG 2009

1 Feb – Dewan Pemuda PAS Gombak telah menganjurkan satu Bengkel Pelan Tindakan bertempat di Dewan Annegrik, Kompleks Sukan Seri Siantan, Batu Caves. Program yang dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Gombak dan wakil UKJ Dun itu berlangsung sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


Antara objektif utama program tersebut ialah perbincangan untuk merangka aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanankan oleh Dewan Pemuda PAS Gombak bagi tahun 2009. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Khairul Fahmi dalam ucapan aluannya menggesa agar Dewan Pemuda dapat memanfaatkan segala kekuatan dan sumber yang ada samaada dari segi kewangan ataupun tenaga manusia dalam memastikan program dan aktiviti yang bakal dilaksanankan mencapai kejayaan dan matlamat yang diharapkan.


Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Ust Hasbullah dalam ucapan penutup menasihatkan agar segala akiviti yang diatur dapat dijalankan dengan perancangan dan persediaan awal yang teratur serta tidak lupa dengan pertolongan dan tawakkal kepada Allah SWT.