Wednesday, April 22, 2009

Kewajipan Menjadi Ansorullah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ 61:14

Firman Allah SWT dalam ayat tersebut menjelaskan bahawa khitab atau perintah Allah SWT agar setiap orang beriman menjadi golongan Ansarullah atau pembantu agama Allah SWT. Sepertimana yang telah di tanya oleh Nabi Allah Isa a.s kepada golongan hawariyun “siapakah golongan Ansarullah. Mereka menjawab kami lah pembantu agama Allah”. Justeru ayat ini menunjukkan bahawa semua golongan terutama pemuda yang senantiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada Allah adalah merupakan golongan yang wajib menjadi golongan Ansarullah.


Kepimipinan yang bertukar pada kali ini merupakan penerusan kepada kerja-kerja amal Islami yang telah dilakukan oleh sesi lepas. Maka kepimpinan baru yang dipilih akan memikul amanah besar ini. Sudah semestinya pimpinan yang dipilih bukan yang terbaik dikalangan pemuda semua bahkan amanah ini bukanklah suatu tashrif (kemulian) akan tetapi suatu amanah yang perlu dilaksanakan sepertimana yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW “sesungguhnya ini merupakan amanah dan amanah ini pada hari kiamat jika tidak dilaksanakan ia akan menjadi suatu yang menyeksakan dan suatu penyesalan”.


Saya mewakili kepimpinan baru Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak menyeru dan mengharapkan bahawa semua pemuda, baik Unit Kerja Jemaah (UKJ) di setiap Dun atau Jawatankuasa Pemuda Cawangan dapat memberikan sumbangan yang tidak berbelah bahagi dalam membawa bahtera perjuangan Islam di Gombak ini. Ini kerana kita semua ada peranan dan tanggungjawab.Amanah ini bukan hak milik dan hanya terpikul pada kepimpinanan semata-mata akan tetapi terpundak di bahu semua para pemuda.


Saya berharap kita semua mampu memainkan peranan sebagai Ansarullah dan mampu beristiqamah dalam perjuangan ini. Seorang Sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW sesuatu yang dia menyatakan tidak akan soal orang lain lagi. Rasulullah SAW menjawap “berimanlah kepada Allah kemudian beristiqamah”. Kerja amal Islami sudah tentu memerlukan komitmen semua pemuda dalam melaksanakannya.


Saya juga berharap dengan platform Dewan Pemuda ini, kita mampu mendekati golongan muda, turun di lapangan serta mengambil kesempatan yang ada di ketika ini apabila melihat kecenderungan golongan muda memihak kepada kita. Gunakan peluang yang ada untuk mendekati serta memahamkan mereka tentang dasar perjuangan kita ini. Apatah lagi dilihat kemudahan-kemudahan yang ada dibawah kerajaan Pkatan Rakyat perlulah dimanfaatkan.


Di kesempatan ini juga, saya merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada kepimpinan sesi lepas terutama ketua dan timbalan ketua pemuda iaitu al-Fadhil Ust Hasbullah dan saudara Khairul Fahmi serta semua yang telah memberi tunjuk ajar serta komitmen yang telah diberikan selama ini. Sebenarnya ini merupakan suatu yang sukar dan pahit untuk diterima namun atas sifat bahawa perjuangan ini perlu diteruskan , saya menerima dengan rasa penuh tawaduk dan rendah diri. Saya mengharapkan dan merasa penuh keyakinan bahawa mereka akan terus memberi sumbangan pada Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak.

Begitu juga, saya merakamkan ucapan terima kasih pada semua sahabat-sahabat pemuda yang hadir dalam mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda Pas Gombak kali ini, mudah-mudahan perjuangan kita ini diberkati dan diredhai Allah SWT.


Wallahu A’lam


Ust Syarhan Humaizi Abdul Halim

Ketua

Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak


Monday, April 20, 2009

TRANSFORMASI Gombak!

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Kawasan Gombak ke 14 semalam menyaksikan transformasi peringkat tertinggi apabila jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda telah bertukar tangan daripada Ust Hasbullah Ridzwan dan Sdra Khairulfahmi Matsom kepada Ust Syrhan Humaizi Abd Halim dan Sdra Azizul Abu Bakar.

Mesyuarat Agung kali ini diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar dan dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Transformasi ini berikutan pelan peralihan kuasa yang teratur berikutan pengunduran kedua-dua tokoh pemuda yang telah berkhidmat sebagi ketua dan timbalan ketua selama kira-kira 10 tahun semenjak 2000.

Peralihan kuasa berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni tanpa sebarang pertandingan di peringkat ketua, timbalan ketua, dan naib ketua meneruskan tradisi syura yang telah dipraktikkan beberapa sesi kepimpinan DPPG.

Mesyuarat Agung kali ini bukan hanya menyaksikan tiada pertandingan di peringkat tertinggi, malah buat julung-julung kalinya juga turut menyaksikan kesemua calon ahli jawatankuasa (AJK) DPPG turut menang tanpa bertanding.

Ini berikutan 12 daripada 20 calon yang layak bertanding menarik diri daripada pemilihan.

Seminggu sebelum itu, turut berlaku transformasi di peringkat Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) apabila Dr Azimah Ibrahim memenangi pemilihan ketua sayap itu di dalam Mesyuarat Agung DMPG yang turut berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar.

Beliau memenangi undi tertinggi di dalam pertandingan tiga penjuru di dalam mesyuarat berkenaan.

Adakah transformasi seterusnya yang bakal berlaku?

Sunday, April 19, 2009

Bingkisan Untuk Pejuang

Persembahan multimedia yang ditayangkan pada Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) pada 19 April 2009.

1. Aktiviti-aktiviti DPPG sepanjang sessi 2008/2009.


2. Penghargaan Istimewa buat Ustaz Hasbullah Ridzuan dan Sdra Khairulfahmi Matsom yang telah menerajui Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai Ketua dan Timbalan Ketua selama sepuluh tahun semenjak 2000 hingga 2009.

Thursday, April 16, 2009

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Gombak kali ke 14

Kepada semua AJK, Ketua Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan Ahli Pemuda PAS Kawasan Gombak diminta hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak kali ke 14 sepertimana berikut :

Tarikh : 19 April 2009
Tempat : Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi


Wednesday, April 15, 2009

Ucapan Takziah Kepada Ketua Pemuda Gombak

AJK & seluruh ahli Pemuda PAS Gombak merakamkan ucapan takziah kepada Ust Hasbullah Mohd Ridzwan dan keluarga di atas pemergian ibu mertuanya lewat petang semalam (14 April).

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan ke Hospital Kuantan akibat jangkitan pada paru-paru.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Gombak telah menghantar rombongan ziarah bersama 3 buah kereta ke kediaman mertua beliau di Temerloh malam tadi. Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah dan berdoa agar ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah

Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Gombak

Monday, April 13, 2009

Pesta Sukan Bolasepak & Bola Jaring PASTI Gombak Meriah

Pesta Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Gombak berlangsung dengan penuh meriah pada 11 April lalu bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Bolton. Acara dwi tahunan ini merupakan salah satu aktiviti ko kurikulum PASTI yang bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kecerdasan mental serta fizikal para pelajar.

Program yang dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ust Hasbullah Mohd Ridzwan disertai oleh 14 buah PASTI Kawasan Gombak.

Selain memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar, pesta sukan ini juga mampu melahirkan bakat dan bintang dalam sukan yang disertai samada bolasepak dan bolajaring. Ini terbukti dengan kemunculan Adik Najmuddin dari PASTI Ummu Aiman, Taman Permata yang berjaya menjaringkan lebih 40 gol dalam perlawanan bolasepak tersebut.

PASTI Ummu Aiman berjaya mendapat johan dalam kategori bolasepak manakala PASTI AlQamar meraih tempat kedua. Kategori bolajaring pula di menangi oleh PASTI Ehsan dan naib johan ialah PASTI Ilmi Taman Permata.


Aksi pelajar dalam perlawanan bolajaring


Acara Perlawanan Bolasepak



Pemain berbakat...Adik Najmudin menjaringkan lebih 40 gol dalam kejohanan kali ini

Thursday, April 2, 2009

Pemuda PAS Gombak Gempur Bukit Gantang

Lebih 50 orang petugas-petugas pilihanraya dari Dewan Pemuda PAS Gombak telah bertolak ke Bukit Gantang bermula 27 - 31 Mac 2009. Rombongan pertama bersama 12 buah kereta telah tiba di DUN Terong pada awal pagi 28 Mac. Ia adalah sebahagian daripada petugas-petugas PAS Kawasan Gombak yang di tugaskan di UPU Padang Gajah, DUN Terong.

Antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah program BBQ, wayang pacak, edaran risalah dan bahan kempen rumah ke rumah, memasang bendera & poster dan ceramah kelompok.

Gelombang kedua ke Bukit Gantang dijangka akan dihantar oleh Pemuda PAS Gombak 3 hari sebelum pilihanraya berlangsung.


bergambar bersama YB Dr Rani di Markaz UPU Padang Gajah


Program Wayang Pacak


BBQ dan jamuan rakyat di Markaz UPU Padang Gajah


Perarakan Penamaan Calon di Taiping





Kerja memasang poster


Memasang Bendera di sepanjang Jalan Padang Gajah


bekalan buluh mudah didapati di Padang Gajah


Edaran akhbar tamil di Estate / penempatan India


Melepaskan kepenatan setelah 4 hari bertugas. Pusat peranginan Sungai Nyior, salah satu tempat menarik yang ada di UPU Padang Gajah