Wednesday, January 14, 2009

Pemuda PAS Gempur Kuala Terengganu

Seramai 45 orang petugas dari kalangan pemuda PAS Gombak telah turun ke Kuala Terengganu bagi membantu calon PAS yang bertanding pada pilihanraya kecil Kuala Terenganu. Sebanyak 11 buah kereta bekonvoi ke Kuala Terengganu pada 9 Januari jam 12.00 tengah malam. PAS Kawasan Gombak telah diamanahkan untuk bertugas bermula 10 - 12 Januari di Dun Ladang. Penyertaan pemuda PAS Gombak kali ini merupakan yang paling ramai dalam sejarah penglibatan pemuda PAS dalam pilihanraya kecil.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ziarah rumah ke rumah bertemu pengundi dan merayu undi, mengedarkan risalah kempen, 'wayang pacak', jamuan rakyat (BBQ) dan mengiringi calon berkempen serta bertemu pengundi. Antara program yang popular dan mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan masyarakat setempat ialah 'wayang pacak' atau tayangan video. Segala perbelanjaan, peralatan dan pengurusan program selama 3 hari adalah hasil usaha dan sumbangan Dewan Pemuda PAS Gombak untuk pilihanraya kecil kali ini.

Dewan Pemuda PAS Gombak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang dalam menjayakan misi kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Semoga usaha yang sedikit ini akan mendapat keredhaan Allah dan di anugerahkan kemenangan. InsyaAllah.









Tuesday, January 13, 2009

Sekitar Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Lebih 30, 000 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endot ke pusat penamaan calon. Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak juga menghantar wakil untuk memberi sokongan kepada calon PAS yang akan bertanding pada Pilihanraya kali ini. Rombongan DPP Gombak di ketuai oleh Ust Hasbullah Mohd Ridzwan selaku ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.