Wednesday, April 22, 2009

Kewajipan Menjadi Ansorullah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ 61:14

Firman Allah SWT dalam ayat tersebut menjelaskan bahawa khitab atau perintah Allah SWT agar setiap orang beriman menjadi golongan Ansarullah atau pembantu agama Allah SWT. Sepertimana yang telah di tanya oleh Nabi Allah Isa a.s kepada golongan hawariyun “siapakah golongan Ansarullah. Mereka menjawab kami lah pembantu agama Allah”. Justeru ayat ini menunjukkan bahawa semua golongan terutama pemuda yang senantiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada Allah adalah merupakan golongan yang wajib menjadi golongan Ansarullah.


Kepimipinan yang bertukar pada kali ini merupakan penerusan kepada kerja-kerja amal Islami yang telah dilakukan oleh sesi lepas. Maka kepimpinan baru yang dipilih akan memikul amanah besar ini. Sudah semestinya pimpinan yang dipilih bukan yang terbaik dikalangan pemuda semua bahkan amanah ini bukanklah suatu tashrif (kemulian) akan tetapi suatu amanah yang perlu dilaksanakan sepertimana yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW “sesungguhnya ini merupakan amanah dan amanah ini pada hari kiamat jika tidak dilaksanakan ia akan menjadi suatu yang menyeksakan dan suatu penyesalan”.


Saya mewakili kepimpinan baru Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak menyeru dan mengharapkan bahawa semua pemuda, baik Unit Kerja Jemaah (UKJ) di setiap Dun atau Jawatankuasa Pemuda Cawangan dapat memberikan sumbangan yang tidak berbelah bahagi dalam membawa bahtera perjuangan Islam di Gombak ini. Ini kerana kita semua ada peranan dan tanggungjawab.Amanah ini bukan hak milik dan hanya terpikul pada kepimpinanan semata-mata akan tetapi terpundak di bahu semua para pemuda.


Saya berharap kita semua mampu memainkan peranan sebagai Ansarullah dan mampu beristiqamah dalam perjuangan ini. Seorang Sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW sesuatu yang dia menyatakan tidak akan soal orang lain lagi. Rasulullah SAW menjawap “berimanlah kepada Allah kemudian beristiqamah”. Kerja amal Islami sudah tentu memerlukan komitmen semua pemuda dalam melaksanakannya.


Saya juga berharap dengan platform Dewan Pemuda ini, kita mampu mendekati golongan muda, turun di lapangan serta mengambil kesempatan yang ada di ketika ini apabila melihat kecenderungan golongan muda memihak kepada kita. Gunakan peluang yang ada untuk mendekati serta memahamkan mereka tentang dasar perjuangan kita ini. Apatah lagi dilihat kemudahan-kemudahan yang ada dibawah kerajaan Pkatan Rakyat perlulah dimanfaatkan.


Di kesempatan ini juga, saya merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada kepimpinan sesi lepas terutama ketua dan timbalan ketua pemuda iaitu al-Fadhil Ust Hasbullah dan saudara Khairul Fahmi serta semua yang telah memberi tunjuk ajar serta komitmen yang telah diberikan selama ini. Sebenarnya ini merupakan suatu yang sukar dan pahit untuk diterima namun atas sifat bahawa perjuangan ini perlu diteruskan , saya menerima dengan rasa penuh tawaduk dan rendah diri. Saya mengharapkan dan merasa penuh keyakinan bahawa mereka akan terus memberi sumbangan pada Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak.

Begitu juga, saya merakamkan ucapan terima kasih pada semua sahabat-sahabat pemuda yang hadir dalam mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda Pas Gombak kali ini, mudah-mudahan perjuangan kita ini diberkati dan diredhai Allah SWT.


Wallahu A’lam


Ust Syarhan Humaizi Abdul Halim

Ketua

Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak


0 comments:

Post a Comment