Friday, May 14, 2010

Blog oh blog


Kira-kira dua bulan blog rasmi kami www.pemudagombak.com tidak dapat dilayari.

Mengikut maklumat yang kami perolehi daripada penyedia web-hosting kami, Mesra Hosting, ia berpunca daripada kemasukan virus ke dalam blog kami.

H1N1 atau ...?


Ia bermula kira-kira dua bulan lalu apabila kami menaik taraf blog-blog Pemuda UKJ DUN untuk menggunakan domain pemudagombak.com. Kemudian diikuti dengan penyertaan ke dalam Pertandingan Laman Web PAS anjuran Jabatan IT PAS Pusat pada penghujung Mac lalu. Beberapa hari selepas itu, web kami tidak dapat diakses.

Pada mulanya kami menyangka ia adalah berpunca daripada masalah teknikal biasa. Sebelum ini pun pernah berlaku masalah seumpama ini (web tidak dapat diakses), namun ia hanya untuk beberapa hari dan sangat jarang berlaku.

Mengimbau kembali kewujudan blog www.pemudagombak.com bagi menggantikan blog sebelumnya www.dppkgombak.blogspot.com yang anda tatapi sekarang, ia mula diaktifkan pada 21 Mei 2008. Dalam tempoh itu, blog kami mula diterima ramai malah pernah mendapat halaman pertama Google untuk carian “pemuda PAS”.


Top 5 di Google! Tinggal kenangan...

Dalam tempoh sama juga, beberapa tulisan-tulisan kami mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila beberapa tulisan blog kami yang kontroversi seperti “Sejadah Berdiri”, dan “Travelog Demonstrasi”. Beberapa isu-isu kontroversi lain yang turut kami singgung turut mencetuskan perbahasan panjang terutama isu UG-Muqabalah , isu Dr Asri, isu Dr Hassan Ali – Khalid Samad dan lain-lain lagi.

Statistik blog ini naik mencanak-canak gara-gara artikel "Sejadah Berdiri"

Sebagai sebuah blog Pemuda PAS peringkat kawasan, matlamat blog ini tidak lain tidak bukan adalah demi untuk merealisasikan hasrat dan matlamat PAS untuk menyebarluaskan dakwah Islamiyah.

Susulan daripada sambutan yang menggalakkan blog ini, kami juga membuka satu akaun FB Pages untuk website ini di http://www.facebook.com/pages/PemudaGombakcom/265133725593.

Alhamdulillah, sambutan amat-amat menggalakkan. Setiap hari keahlian FB Page ini semakin bertambah dari masa ke masa, terutama ketika tulisan-tulisan kontroversi tersiar di blog dan FB.

Dalam masa sebulan selepas Page ini diwujudkan, keahlian sudah menjangkau 1000 orang yang mengikutinya.

Namun, langit tidak selalu cerah, tidak sampai setahun www.pemudagombak.com beroperasi, ia telah dijangkiti virus. Beberapa doktor pakar telah dirujuk, namun masih gagal untuk memberi nyawa kembali.

Justeru, kami terpaksa menghidupkan kembali jasad asal blog ini di www.dppkgombak.blogspot.com.

Apa pun, setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada seluruh pelayar-pelayar web ini yang senantiasa memberi sokongan kepada kami tidak kira masa dan ketika. Doakanlah agar blog www.pemudagombak.com kembali bernyawa dan kembali ke medan juang untuk menggempur rejim Umno, BN dan Israel.

Allahu-Akbar!

Moderator

0 comments:

Post a Comment