Monday, February 2, 2009

Bengkel Pelan Tindakan DPPG 2009

1 Feb – Dewan Pemuda PAS Gombak telah menganjurkan satu Bengkel Pelan Tindakan bertempat di Dewan Annegrik, Kompleks Sukan Seri Siantan, Batu Caves. Program yang dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Gombak dan wakil UKJ Dun itu berlangsung sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


Antara objektif utama program tersebut ialah perbincangan untuk merangka aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanankan oleh Dewan Pemuda PAS Gombak bagi tahun 2009. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Khairul Fahmi dalam ucapan aluannya menggesa agar Dewan Pemuda dapat memanfaatkan segala kekuatan dan sumber yang ada samaada dari segi kewangan ataupun tenaga manusia dalam memastikan program dan aktiviti yang bakal dilaksanankan mencapai kejayaan dan matlamat yang diharapkan.


Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Ust Hasbullah dalam ucapan penutup menasihatkan agar segala akiviti yang diatur dapat dijalankan dengan perancangan dan persediaan awal yang teratur serta tidak lupa dengan pertolongan dan tawakkal kepada Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment