Monday, February 9, 2009

Jaulah Pemuda Rapatkan Ukhuwah

Jaulah. Itulah kalimah yang muncul pada bengkel pelan tindakan Dewan Pemuda PAS baru-baru ini. Mungkin ada yang kali pertama mendengar kalimah tersebut, bagi mereka yang belajar bahasa arab, sudah memahami dari konteks maknanya.

Apapun, program anjuran lajnah tarbiyah ini telah berjaya mengikat utuh hati-hati dan ukhuwah para pejuang. Program ringkas dimulai dengan solat asar berjemaah ditengah-tengah padang permainan Tasik Titiwangsa 'membuka' mata dan minda para pengunjung Tasik Titiwangsa. Itulah antara tujuan program Jaulah, melorongi persepsi dan minda masyarakat tentang tuntutan ibadah dalam Islam.

Kuliah lima minit atau 'kulim' selepas solat berjemaah ibarat 'charger' yang mengecas semangat waja para pemuda. Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Khairul Fahmi dalam ucapannya menegaskan adalah amat penting program-program pembinaan dan penyatuan fikrah seperti ini dalam gerakerja dakwah dan siasah khususnya para pemuda. Kelangsungan dan kejayaan sesuatu aktiviti yang dijalankan adalah bergantung kepada sejauh mana kekuatan fikrah dan ukhuwah para pemuda. Kehadiran bersama ahli keluarga pada program ini menambahkan lagi semangat ukhuwah sesama ahli.

Oleh itu, program jaulah seperti ini perlulah di laksanakan sekerap yang mungkin dalam usaha pembentukan dan pembinaan amilin yang mempunyai hati yang cintakan ukhuwah fillah.



















0 comments:

Post a Comment