Monday, April 20, 2009

TRANSFORMASI Gombak!

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Kawasan Gombak ke 14 semalam menyaksikan transformasi peringkat tertinggi apabila jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda telah bertukar tangan daripada Ust Hasbullah Ridzwan dan Sdra Khairulfahmi Matsom kepada Ust Syrhan Humaizi Abd Halim dan Sdra Azizul Abu Bakar.

Mesyuarat Agung kali ini diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar dan dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Transformasi ini berikutan pelan peralihan kuasa yang teratur berikutan pengunduran kedua-dua tokoh pemuda yang telah berkhidmat sebagi ketua dan timbalan ketua selama kira-kira 10 tahun semenjak 2000.

Peralihan kuasa berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni tanpa sebarang pertandingan di peringkat ketua, timbalan ketua, dan naib ketua meneruskan tradisi syura yang telah dipraktikkan beberapa sesi kepimpinan DPPG.

Mesyuarat Agung kali ini bukan hanya menyaksikan tiada pertandingan di peringkat tertinggi, malah buat julung-julung kalinya juga turut menyaksikan kesemua calon ahli jawatankuasa (AJK) DPPG turut menang tanpa bertanding.

Ini berikutan 12 daripada 20 calon yang layak bertanding menarik diri daripada pemilihan.

Seminggu sebelum itu, turut berlaku transformasi di peringkat Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) apabila Dr Azimah Ibrahim memenangi pemilihan ketua sayap itu di dalam Mesyuarat Agung DMPG yang turut berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar.

Beliau memenangi undi tertinggi di dalam pertandingan tiga penjuru di dalam mesyuarat berkenaan.

Adakah transformasi seterusnya yang bakal berlaku?

2 comments:

Pemuda PAS DUN Batu Caves said...

Alhamdulilah....muktamar berlangsung dgn baik...peralihan kuasa juga sangat harmonis...Tahniah & takziah kpd saf kepimpinan baru DPPG yg akan diketuai oleh al-fadhil Us. Syarhan Humaizi Abd. Halim.....selamat maju jaya kpd bekas Ketua Pemuda al-fadhil Us. Hasbullah Redzuan dan bekas Timbalan Ketua Pemuda al-fadhil Khairul Fahmi Mat Som,semoga istiqomah dalam perjuangan islam ini dan bakal memimpin jamaah ini diperingkat yg lebih tinggi selepas daripada ini..Takbir!

Aspirasi Dinamik said...

mohon keputusan senarai penuh jawatankuasa DPP Gombak sesi 09/11 yang di pertandingkan - ars NYDPPJU

Post a Comment