Saturday, May 16, 2009

Kerjasama Pemuda Cawangan Perlu Untuk Transformasi - KP Gombak

15 Mei 2009, Taman Samudera, Gombak - Ketua Pemuda Gombak, Al-Fadhil Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan peranan semua pemuda-pemuda cawangan amat diperlukan dalam menggerakkan Dewan Pemuda PAS Gombak pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan meja bulat dengan para pemuda PAS cawangan daripada DUN Gombak Setia yang bertempat di sini semalam.

Sambil menegaskan, transformasi kebangkitan pemuda Gombak berlaku dari masa ke masa dan peranan semua ahli pemuda amat penting demi memastikan kesinambungan perjuangan DPPG.

"Kita melihat jumlah pemuda-pemuda usrah UKJ (Unit Kerja Jemaah) yang terlibat di cawangan-cawangan makin bertambah dari masa ke semasa menunjukkan proses transformasi yang berlansung" katanya di dalam ucapan alu-alun majlis tersebut.

"Justeru, amatlah diharapkan agar semua pemuda untuk turut sama menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Pemuda Gombak" katanya lagi.

Selain itu juga, transformasi yang dimaksudkan juga apabila Pemuda Gombak berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti pada skala besar seperti Jambori Amal Gombak pada tahun lalu yang menelan belanja RM 20,000.00.

Majlis yang dihadiri oleh hampir semua cawangan pemuda di Gombak Setia ini turut diisi dengan sesi suai kenal dan dialog.

Ia merupakan pertemuan meja bulat kedua yang dijalankan selepas bersama pemuda cawangan DUN Batu Caves minggu lalu dan akan diteruskan ke DUN Hulu Klang minggu hadapan.

Ustaz Syarhan (berkopiah) memberi respon soalan-soalan yang diajukan.
Dikanan beliau ialah Sdra Helmizan (Naib Ketua) dan di kiri pula adalah Sdra Azizul (Timbalan Ketua Pemuda) dan ustaz Mohd Noor (Ketua UKJ Gombak Setia)



Para pemuda cawangan sedang mendengar dengan tekun amanat yang disampaikan oleh para pimpinan pemuda.

0 comments:

Post a Comment