Kempen Anti Judi | K.E.J.I | Pemuda PAS Gombak
Ketika artikel ini ditulis, 1Malaysia sudah tahu bahawa Malaysia sudah mengesahkan tiket China ke final Piala Thomas J
1. Perlawanan dijalankan pada waktu Maghrib memungkinkan pengabaian terhadap solat Maghrib kepada pemain-pemain dan penonton-penonton beragama Islam. Mungkin ia menyumbang kepada kekalahan pasukan Malaysia.
2. Kali ini, buat julung-julung kalinya institusi akademik menaja sebuah kejohanan bertaraf dunia. Piala Thomas kali ini ditaja oleh MAHSA Kolej. Jarang sekali kita mendengar institusi akademik menaja sesebuah kejohanan sukan peringkat antarabangsa.
3. Perlawanan pertama peringkat kumpulan, pasukan Malaysia dijadualkan menentang pasukan Nigeria namun ia tidak berlaku apabila pasukan negara tersebut gagal tiba pada masa yang ditetapkan. Kesannya, Malaysia diberikan kemenangan percuma 5 – 0 oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
4. Memandangkan penampilan pasukan Malaysia yang lemah pada peringkat kumpulan menentang Jepun, tidak mustahil berlaku perkara sama sekiranya pasukan Nigeria hadir tepat pada waktunya pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.
5. Ketika pasukan Malaysia pasukan menentang Jepun (yang bukan pasukan pilihan di dalam Piala Thomas), pada perlawanan peringkat kumpulan, ia dihadiri oleh Datin Sri Rosmah, isteri PM. Pada peringkat ini pasukan Malaysia kalah dalam keadaan yang memalukan kerana tewas di tangan pasukan bukan pilihan.
6. Kemudian pada peringkat suku akhir menentang Denmark yang menjadi pasukan pilihan Piala Thomas, Malaysia memberi tentangan sengit. Ketika itu, Datin Rosmah tidak hadir dan Malaysia berjaya memenanginya biarpun menghadapi saingan sengit oleh Denmark.
7. Pada peringkat separuh akhir menentang China, dan Malaysia kalah teruk 3-0 dan ketiga-tiga perlawanan tersebut kalah di dalam straight set, bukan rubber set. Kali ini ia dihadiri oleh Datin Rosmah.
8. Kebetulan yang berlaku ialah, kehadiran Datin Rosmah berkebetulan dengan kekalahan pasukan Malaysia, dan ketidakhadiran beliau berkebetulan dengan kekalahan pasukan Malaysia. Mungkin ada sesuatu di sebaliknya.
9. Pada perlawanan separuh akhir menentang China, 3 perlawanan yang berlangsung adalah perlawanan di antara Cina Malaysia dengan Cina China. Maknanya pasukan mana yang menang, adalah Cina.
10. Musim Piala Thomas kali ini berdekatan dengan musim Piala Dunia, yang dikejutkan dengan kontraversi judi halal. Mungkin pada tahun-tahun akan datang ada pula judi halal untuk Piala Thomas.
Mengikut maklumat yang kami perolehi daripada penyedia web-hosting kami, Mesra Hosting, ia berpunca daripada kemasukan virus ke dalam blog kami.
Ia bermula kira-kira dua bulan lalu apabila kami menaik taraf blog-blog Pemuda UKJ DUN untuk menggunakan domain pemudagombak.com. Kemudian diikuti dengan penyertaan ke dalam Pertandingan Laman Web PAS anjuran Jabatan IT PAS Pusat pada penghujung Mac lalu. Beberapa hari selepas itu, web kami tidak dapat diakses.
Pada mulanya kami menyangka ia adalah berpunca daripada masalah teknikal biasa. Sebelum ini pun pernah berlaku masalah seumpama ini (web tidak dapat diakses), namun ia hanya untuk beberapa hari dan sangat jarang berlaku.
Mengimbau kembali kewujudan blog www.pemudagombak.com bagi menggantikan blog sebelumnya www.dppkgombak.blogspot.com yang anda tatapi sekarang, ia mula diaktifkan pada 21 Mei 2008. Dalam tempoh itu, blog kami mula diterima ramai malah pernah mendapat halaman pertama Google untuk carian “pemuda PAS”.
Dalam tempoh sama juga, beberapa tulisan-tulisan kami mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila beberapa tulisan blog kami yang kontroversi seperti “Sejadah Berdiri”, dan “Travelog Demonstrasi”. Beberapa isu-isu kontroversi lain yang turut kami singgung turut mencetuskan perbahasan panjang terutama isu UG-Muqabalah , isu Dr Asri, isu Dr Hassan Ali – Khalid Samad dan lain-lain lagi.
Statistik blog ini naik mencanak-canak gara-gara artikel "Sejadah Berdiri"
Sebagai sebuah blog Pemuda PAS peringkat kawasan, matlamat blog ini tidak lain tidak bukan adalah demi untuk merealisasikan hasrat dan matlamat PAS untuk menyebarluaskan dakwah Islamiyah.
Susulan daripada sambutan yang menggalakkan blog ini, kami juga membuka satu akaun FB Pages untuk website ini di http://www.facebook.com/pages/PemudaGombakcom/265133725593.
Alhamdulillah, sambutan amat-amat menggalakkan. Setiap hari keahlian FB Page ini semakin bertambah dari masa ke masa, terutama ketika tulisan-tulisan kontroversi tersiar di blog dan FB.
Dalam masa sebulan selepas Page ini diwujudkan, keahlian sudah menjangkau 1000 orang yang mengikutinya.
Namun, langit tidak selalu cerah, tidak sampai setahun www.pemudagombak.com beroperasi, ia telah dijangkiti virus. Beberapa doktor pakar telah dirujuk, namun masih gagal untuk memberi nyawa kembali.
Justeru, kami terpaksa menghidupkan kembali jasad asal blog ini di www.dppkgombak.blogspot.com.
Apa pun, setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada seluruh pelayar-pelayar web ini yang senantiasa memberi sokongan kepada kami tidak kira masa dan ketika. Doakanlah agar blog www.pemudagombak.com kembali bernyawa dan kembali ke medan juang untuk menggempur rejim Umno, BN dan Israel.
Allahu-Akbar!
Moderator