Friday, May 22, 2009

TRANSFORMASI Blog!!!

Selepas beberapa transformasi berlaku di dalam Pemuda PAS Gombak, malah turut melibatkan Gombak secara keseluruhannya, kini satu lagi transformasi berlaku..

Kini, blog Pemuda PAS Kawasan Gombak pun turut mengalami proses transformasi!


Wajah Baru Blog Pemuda PAS Gombak

Jadi, tunggu apa lagi? layari www.PemudaGombak.com sekarang!!

Ada sebarang teguran? kritikan? kutukan? Juga lakukan di sana!

Klik di sini sekiranya anda tidak dibawa ke tapak rumah baru kami dalam masa 10 saat...





Thursday, May 21, 2009

KENYATAAN BALAS ISU PAS PELOPOR RASUAH POLITIK

Ketua Pemuda UMNO Selangor seharusnya memahami bahawa janji syurga dan janji neraka adalah merupakan janji Allah yang direkodkan dlam al-quran terhadap balasan baik dan buruk seseorang hambanya.

Justeru PAS sebagai sebuah parti Islam yang konsisten dengan perjuangan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran bertanggungjawab untuk menyampaikan janji-janji Allah tersebut untuk kebaikan manusia itu sediri. Cthnya sesiapa yang melakukan kezaliman maka balasannya adalah dosa dan dosa membawa ke neraka.

PAS sangat gembira sekiranya masyarakat menerima janji-janji tersebut sebagai bukti penerimaan mereka terhadap dakwah yang di bawa oleh PAS. Kita yakin masyarakat pengundi hari ini adalah sangat matang untuk menilai janji PAS itu sebagai sesuatu yang benar dan bukan sogokan politik.

UMNO jgn memandang rendah integriti masyarakat hari ini yang tidak mudah disogok dengan rasuah wang dan pembangunan.

Kefahaman terhadap balasan syurga neraka juga menjadi benteng penghalang bagi ahli dan pemimpin PAS daripada terjebakdengan gejala yang tidak sihat dan mungkar.

Sehubungan itu tuduhan politik wang terhadap PAS adalah tidak berasas dan tiada bukti pernah dikemukakan. Pembangkang hanya membangkitkan isu ini untuk mengalih pandangan masyarakat yang sedia maklum sebenarnya mereka yang bergelumang dengan politik wang disamping kecemburuan mereka terhadap perkembangan baik dari sudut peningkatan sokngan rakyat terhadap PAS.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Selangor

Muktamar Pemuda PAS Pusat: Lagi TRANSFORMASI Bakal Berlaku

pas4all

Dewan Pemuda PAS Pusat bakal menyaksikan transformasi apabila senarai penuh pencalonan Dewan Pemuda PAS Pusat diumukan pada 18 Mei 2009 lalu.

Sayap utama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tersebut akan melangsungkan muktamar tahunannya pada 4 Jun 2009 bersamaan 10 Jumadil-Akhir 1430, bertempat di Dewan Dato' Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar.

Di tempat yang sama pernah menyaksikan beberapa transformasi, yang pernah dipaparkan di dalam blog ini;
1. Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Selangor;
2. Muktamar Tahunan PAS Kawasan Gombak; dan
3. Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Gombak;

Berikut merupakan Keputusan pencalonan Dewan Pemuda PAS Pusat (terkini), yang dipetik daripada http://muktamar55.pas.org.my/

PENGERUSI TETAP

1. Jamuliddin Elias
2. Misbahul Munir Masduki, Ustaz

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

1. Aris Awang
2. Jamuliddin Elias
3. Misbahul Munir Masduki, Ustaz
4. Norazli Musa

KETUA

1. Nasrudin Hassan, Ustaz
2. Zaki Ibrahim, YB

TIMBALAN KETUA

1. Ahmad Sabki Yusof
2. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz
3. Musoddak Hj Ahmad
4. Nasrudin Hassan, Ustaz
5. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz

NAIB KETUA

1. Ahmad Sabki Yusof
2. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz
3 Firdaus Jaafar, YB
4. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz
5. Suhaizan Kaiat

AHLI JAWATANKUASA KERJA DEWAN

1. Abdul Rahman Sidek
2. Abdullah Hj Abdul Karim
3. Adly Zahari
4. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB
5. Ahmad Izzat Mohd Shauki, YB Ustaz
6. Ahmad Sabki Yusof
7. Ahmad Yahya, Ustaz
8. Aminuddin Zulkepli
9. Ariffin Deraman
10. Anuar Ali, Cikgu
11. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz
12. Firdaus Jaafar, YB
13. Firdaus Masod
14. Hasbullah Ridwan
15. Helman Sanudin
16. Kamal Ashaari, Ustaz
17. Kamaruddin Sidek, Ustaz
18. Kamaruzaman Mohamad
19. Khairul Faizi Ahmad Kamil
20. Khairul Fahmi Md Som
21. Khairul Anuar Wafa (N9)
22. Khalil Abdul Hadi , Ustaz
23. Mohd Adram Bin Musa
24. Mohd Ashraf Mukhlis (Melaka)
25. Mohd Nazri Chik , Ustaz
26. Mohd Noor Hamzah
27. Mohd Sani Hamzan
28. Mohd Sufian Ibrahim
29. Nasir Zakaria,YB Ustaz
30. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz
31. Norazli Musa, Ustaz
32. Raja Ahmad Iskandar
33. Ramadhan Fitri Elias
34. Riduan Mohd Nor
35. Ridwan Hashim
36. Rosli Allani Abd Kadir, Dr
37. Sanusi Mohd Noor
38. Suhaimi Saad, Ustaz
39. Suhaizan Kaiat
40. Taufek Abdul Ghani, YB
41. Wan Sukairi Wan Abdullah
42. Yaakob Abu Seman
43. Yusni Mad Piah
44. Zulkifli Ahmad (Pandan), Ustaz
45. Zuraidin Abdullah

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Jamil Saring
2. Mohd Adib Abd Jalil
3. Mohd Azman Yunus
4. Mohd Munzir Hamzah
5. Muzammil Hafiz (Selangor)
6. Zaki Ibrahim, YB

Wednesday, May 20, 2009

Seruan Untuk Pemuda PAS Gombak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita rafa’syukur pada Allah SWT di atas nikmatnya kita masih berada dalam hidayah Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, keluarganya dan sahabatnya.

Sahabat Pemuda Gombak yang dikasihi sekelian

InsyaAllah pada hari Sabtu 23 Mei 2009 Dewan Ulama Pas Pusat akan menganjurkan Sambutan Jubli Perak Kepimipinan Ulama (S25KU) yang akan diadakan di Dewan Dato Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Program sehari suntuk di susun dengan pelbagai kertas kerja yang akan dibentangkan oleh tokoh ulama yang ada dalam PAS.

Pemuda Gombak alhamdulillah diamanahkan sebagai Urusetia Persiapan. Segala urusan menaikkan banner, banting, bendera di setiap jalan masuk, susun kerusi dalam dewan, persiapan pentas akan di uruskan oleh Pemuda Gombak. Ini adalah salah satu sumbangan jihad kita dalam menjayakan program yang amat penting ini dalam melihat kesinambungan dan peranan kempimpinan ulama. Bertepatan dengan tema sambutan tersebut iaitu “Memperkukuh Kepimpinan Ulamak”.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Taubah ayat 105 :

Yang bermaksud : dan katakanlah : bekerjalah (beramallah) kamu,maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Justeru, setiap Pemuda Gombak mesti melibatkan diri serta memberi komitmen yang jitu dalam melaksanakan tugas ini. Pemuda di setiap DUN semuanya tidak terkecuali dan insyaAllah nantikan arahan yang akan di keluarkan oleh pihak sekteriat Dewan Pemuda Pas Gombak.

Daripada,

Ketua Pemuda Gombak

Tuesday, May 19, 2009

Misi Najib (2)

Klik gambar untuk besarkan:



Ringkasan Misi:
Misi: Pastikan BN Tidak Kalah Dalam PRK
Strategi: Mengelakkan PRK!

Kabinet Najib adalah kabinet Mahathir

Mahathir kata "Khairy adalah perasuah. Jangan lantik Khairy".

Najib tidak melantik Khairy di dalam anggota kabinet, sejurus ditabal sebagai PM.
(Sekalipun Khairy memenangi perubutan sengit jawatan Ketua Pemuda dan mengalahkan anak Mahathir dan Khir Toyo).

Mahathir kata "teruskan PPSMI".

Najib dan kabinet akan teruskan PPSMI walaupun apapun yeng terjadi.
(Rujuk kenyataan Muhyidin sejurus dilantik Menteri Pendidikan yang masih tidak berpuas hati dengan hasil kajian berpulu-puluh pakar dan ahli akademik terhadap PPSMI).

Mahathir mula-mula kata "Bertanding, jangan biar PKR menang free".

Najib kata akan dibincangkan di dalam mesyuarat UMNO dan BN.
(Walhal sebelum itu beria-ia Najib mengatakan kemungkinan tidak menyertai pilihanraya kecil dengan alasan merugikan wang rakyat.

Kemudian, Mahathir kata "Jika DUN Perak dibubarkan, dan pilihanraya kecil diadakan. Maka BN akan kalah teruk"

Najib dan BN memutuskan untuk tidak bertanding di Penanti.
(Mahathir tidak tarik balik kenyataan awalnya. Ia hanya memberi signal kepada Najib. Mahathir memperkatakan tentang Perak, bukan Penanti. Dan Najib memahami signal Mahathir)

Apa pula selepas ini?

Sila cetak poster di bawah. Sesuai di tampal di premis-premis kerajaan. Mahathir pun mesti suka. Najib dan pengkagumnya pun mesti suka!

Diambil secara terhormat daripada blog: http://pemudapasbc.blogspot.com/

Monday, May 18, 2009

Misi Najib

Gambar ini dibawah ini dipetik daripada Blog Pemuda PAS Batu Caves: http://pemudapasbc.blogspot.com/

Klik gambar untuk besarkan




Selesaikah misi Najib dengan tidak bertanding di Penanti?

Selesaikah dilema Najib?

Sama-sama kita nantikan epison seterusnya...


Berita daripada Siasahdaily.blogspot.com, 18 Mei 2009.

BN tidak letak calon di Penanti

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan tidak akan meletakkan calonnya untuk pilihan raya kecil Penanti nanti.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat BN yang dipengerusi Datuk Seri Najib Razak hari ini.



Sunday, May 17, 2009

Pemuda Gombak Sertai Misi Bantuan Banjir Bersama KP dan YDP


Video diambil daripada blog Pemuda PAS Batu Caves: http://pemudapasbc.blogspot.com/

14 Mei 2009, Batu Caves:
Pemuda PAS Gombak yang diketuai oleh Ketua Pemudanya, Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim menyertai misi bantuan banjir di beberapa kampung di dalam DUN Batu Caves.

Misi ini turut disertai oleh ahli-ahli PAS DUN Batu Caves yang diketuai sendiri oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir serta YB Amiruddin (ADUN Batu Caves), Ustaz Hasbullah Ridzuan (Ahli Majlis MPS Zon 13), Ustaz Zakaria Mamat (Ketua Kampung Nakhoda).

Banjir yang turun mencurah-curah sedari petang sehingga ke awal malam menyebabkan air sungai melimpah lalu membanjiri kawasan-kawasan sekitar DUN Batu Caves.

Antara kawasan yang teruk dinaiki air ialah Kampung Nakhoda, Kampung Laksamana, Kampung Sg. Kertas dan Kampung Melayu Batu Caves.

Saturday, May 16, 2009

Kerjasama Pemuda Cawangan Perlu Untuk Transformasi - KP Gombak

15 Mei 2009, Taman Samudera, Gombak - Ketua Pemuda Gombak, Al-Fadhil Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan peranan semua pemuda-pemuda cawangan amat diperlukan dalam menggerakkan Dewan Pemuda PAS Gombak pada masa akan datang.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan meja bulat dengan para pemuda PAS cawangan daripada DUN Gombak Setia yang bertempat di sini semalam.

Sambil menegaskan, transformasi kebangkitan pemuda Gombak berlaku dari masa ke masa dan peranan semua ahli pemuda amat penting demi memastikan kesinambungan perjuangan DPPG.

"Kita melihat jumlah pemuda-pemuda usrah UKJ (Unit Kerja Jemaah) yang terlibat di cawangan-cawangan makin bertambah dari masa ke semasa menunjukkan proses transformasi yang berlansung" katanya di dalam ucapan alu-alun majlis tersebut.

"Justeru, amatlah diharapkan agar semua pemuda untuk turut sama menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Pemuda Gombak" katanya lagi.

Selain itu juga, transformasi yang dimaksudkan juga apabila Pemuda Gombak berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti pada skala besar seperti Jambori Amal Gombak pada tahun lalu yang menelan belanja RM 20,000.00.

Majlis yang dihadiri oleh hampir semua cawangan pemuda di Gombak Setia ini turut diisi dengan sesi suai kenal dan dialog.

Ia merupakan pertemuan meja bulat kedua yang dijalankan selepas bersama pemuda cawangan DUN Batu Caves minggu lalu dan akan diteruskan ke DUN Hulu Klang minggu hadapan.

Ustaz Syarhan (berkopiah) memberi respon soalan-soalan yang diajukan.
Dikanan beliau ialah Sdra Helmizan (Naib Ketua) dan di kiri pula adalah Sdra Azizul (Timbalan Ketua Pemuda) dan ustaz Mohd Noor (Ketua UKJ Gombak Setia)



Para pemuda cawangan sedang mendengar dengan tekun amanat yang disampaikan oleh para pimpinan pemuda.

H1N1Malaysia?

H1N1+1Malaysia=H1N1Malaysia!

Adakah ini akan mejadi sekali lagi Dilema Najib?

Baca: BERNAMA:Kes Pertama H1Ni MH091, Kata Mas
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) dimaklumkan bahawa kes pertama influenza A (H1N1) dikesan membabitkan seorang penuntut yang menaiki penerbangan MH091, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 13 Mei.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Operasi MAS, Datuk Tajuden Abu Bakar berkata penumpang itu tiba di KLIA pada 7.15 pagi, 13 Mei dari Newark, US.

Terdapat 192 penumpang dalam penerbangan itu dan mereka digesa menghubungi Kementerian Kesihatan ditalian 03-88810200/03-88810300.

MAS sudah menubuhkan pusat panggilan khas untuk krew penerbangan dan akan memberi nasihat, seperti arahan Kementerian Kesihatan, kepada mereka.

Syarikat penerbangan itu berkata ia akan terus bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memeriksa penumpang yang memasuki Malaysia.

Friday, May 15, 2009

Zambri, Mahkamah dan … Keling: Suratan atau Kebetulan?

Ternyata ia adalah suatu suratan yang kebetulan betul.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.
Maknanya, Zambri adalah Menteri Besar yang haram.

Pada 12 Mei, keesokan harinya Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mengguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Maknanya Zambri tahu bahawa dirinya "tidak sah" dan memohon untuk menangguhkan ke"tidaksah"annya menjadi Menteri Besar kembali.

Pada 13 Mei, Zambri menyamakan dirinya seolah-olah mandela dan Ghandi.
Tiada maknanya.

Pada 14 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mengekalkan perkataan ”keling” di dalam Kamus Dewan?.
Apakah maknanya ini?

Adakah akan datang Zambry akan memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan tersebut?
:)

Rujukan:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=411113
http://malaysiakini.com/bm/
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/26519-court-allows-use-of-keling-in-dictionary


Rakyat Makin Pening Jika DUN Perak Tidak Dibubarkan - Mahfuz

YB Dato' Hj Mahfuz Omar Sedang menyampaikan ceramah


14 Mei 2009, Kg Melayu, Batu Caves - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Hj Mahfuz Omar menegaskan bahawa situasi di Perak sekarang ini akan membuatkan rakyat jelata semakin pening dan hanya dapat diselesaikan sekiranya DUN Perak dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan semula.

Berucap di dalam ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak di Dewan JKKK Kampung Melayu Batu Caves semalam, situasi sekarang bekan sahaja memeningkan rakyat umum malah mengheret istana ke kancah kecelaruan.

“Kelmarin dahulu (Dato’ Sri) Nizar yang mengiringi pemangku Sultan, Raja Nazrin. Kemudia keesokan harinya pula, (Dato’ Dr) Zambry pula yang mengiringinya. Raja pun pening gara-gara perbuatan UMNO” katanya di dalam ceramah tersebut.

Tegasnya, apa yang berlaku hari ini menampakkan kelemahan pentadbiran Malaysia kepada duni dan akan menjejaskan ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

“UMNO dan BN sebenarnya tahu sekiranya mereka membuat pilihan raya kecil, mereka akan kalah teruk, maka dengan itu mereka perlu mengelakkan daripada berlakunya pembubaran DUN”, katanya lagi.

Di dalam ceramah yang sama, YDP PAS Kawasan Gombak yang baru turut memberikan ucapan dan ini merupakan ceramah sulungnya di dalam kawasan Gombak selepas muktamar agung kawasan ini berlansung pada 26 April yang lalu.

Ceramah yang merupakan kali pertama diadakan di Dewan berkenaan semenjak PAS dan PR mengambil alih negeri Selangor di dalam tsunami politik pada Mac 2008, dipengerusikan oleh Ustaz Farhan, Ketua Urusan Ulama' PAS Gombak.

Ia turut dihadiri oleh Ketua Pemuda, Al-Fadhil Ustaz Syarhan, selaku wakil penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai tuan rumah.

Selain itu, ia turut dihadiri oleh para AJK Pemuda PAS Gombak, para penduduk sekitar Gombak dan Batu Caves, serta SB-SB yang bertugas.

P/S: Saya terjumpa seorang SB yang seya kenali semenjak daripada kampus. Kiranya porgram jejan kasihlah. :)
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan sedang berbisik sesuatu kepada YB Dato' Mahfuz, sambil diperhatikan oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir.

YDP PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir sedang menyampaikan ceramah


Wednesday, May 13, 2009

Gambar-gambar sekitar Muktamar Dewan Pemuda PAS Selangor

Photo by Unit IT Batu Caves -Rafiq

    Zamri, Gandhi dan Mandela: Serupa Tapi Tak Sama

    Saya cuba mencari ke'samaan' antara mereka, yang saya jumpa hanyalah warnanya. Mungkin ada sesiapa di sini yang menjumpai lagi kesamaan mereka?



    "Menegakkan kebenaran bukanlah satu tanggungjawab yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan kegigihan.

    "Nelson Mandela misalnya mengorbankan kebebasannya selama 27 tahun demi membebaskan rakyat Afrika Selatan dari cengkaman “apartheid”.

    "Mahatma Ghandi pula mengorbankan nyawanya untuk memastikan kemerdekaan India serta rakyatnya dapat hidup aman tanpa sempadan kasta dan agama.

    “Saya mempelajari bahawa keberanian bukanlah bermakna tidak punya perasaan takut, tetapi berjaya mengatasinya. Mereka yang berani bukanlah mereka yang tidak punya perasaan takut tetapi mereka yang mampu menakluki rasa takut itu." Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (Sumber: mStar)

    Baca:Status MB: Zambry ibratkan diri sebagai Gandhi, Mandela




    Tuesday, May 12, 2009

    Lagi-lagi Transformas!!!

    Transformasi 1
    1. Ustaz Hasbullah Ridzuan, mantan Ketua Pemuda PAS Gombak, dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Selangor bagi sesi 2009-2011, bagi menggantikan Ustaz Salehin Mukhyi yang melepaskan jawatan tersebut lantaran melepasi had umur.
    2. Beliau menang tanpa bertanding di dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, yang berlangsung pada 10 Mei 2009 di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Selangor.
    3. Jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda turut dimenangi oleh Sdra Ahmad Zaidy (Selayang) dan Sdra Sany Hamizan (Hulu Langat), juga tanpa pertandingan.
    4. Justeru, Dewan Pemuda PAS Gombak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustaz Hasbullah atas pemilihan tersebut dan mengucapkan selamat bertugas kepada beliau.
    5. Hidup Pemuda Gombak!!!

    Transformasi 2
    1. Pada 11 Mei 2009, Mahkamah Tinggi memutus Datuk Seri Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah.
    2. Ceramah sempena keputusan ini diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Selangor pada malamnya dihadiri lebih daripada 30 ribu penyokong pakatan rakyat.
    3. Kesesakan lalu lintas bermula daripada Greeenwood sehingga ke Taman Melewar bermula daripada jam 8 malam sebelum bermula ceramah, sehingga jam 1 pagi selepas ceramah.
    4. Pemuda PAS Gombak mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Nizar atas kemenangan tersebut.
    5. Hidup Rakyat, Makkal Sakhti!!

    Tahniah Dato' Seri!!!
    (Gambar ketika beliau merasmikan Muktamar PAS Gombak baru-baru ini)

    Monday, May 11, 2009

    CERAMAH UMUM ISU SEMASA

    Wednesday, April 22, 2009

    Kewajipan Menjadi Ansorullah

    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ 61:14

    Firman Allah SWT dalam ayat tersebut menjelaskan bahawa khitab atau perintah Allah SWT agar setiap orang beriman menjadi golongan Ansarullah atau pembantu agama Allah SWT. Sepertimana yang telah di tanya oleh Nabi Allah Isa a.s kepada golongan hawariyun “siapakah golongan Ansarullah. Mereka menjawab kami lah pembantu agama Allah”. Justeru ayat ini menunjukkan bahawa semua golongan terutama pemuda yang senantiasa berusaha untuk meningkatkan keimanan kepada Allah adalah merupakan golongan yang wajib menjadi golongan Ansarullah.


    Kepimipinan yang bertukar pada kali ini merupakan penerusan kepada kerja-kerja amal Islami yang telah dilakukan oleh sesi lepas. Maka kepimpinan baru yang dipilih akan memikul amanah besar ini. Sudah semestinya pimpinan yang dipilih bukan yang terbaik dikalangan pemuda semua bahkan amanah ini bukanklah suatu tashrif (kemulian) akan tetapi suatu amanah yang perlu dilaksanakan sepertimana yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW “sesungguhnya ini merupakan amanah dan amanah ini pada hari kiamat jika tidak dilaksanakan ia akan menjadi suatu yang menyeksakan dan suatu penyesalan”.


    Saya mewakili kepimpinan baru Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak menyeru dan mengharapkan bahawa semua pemuda, baik Unit Kerja Jemaah (UKJ) di setiap Dun atau Jawatankuasa Pemuda Cawangan dapat memberikan sumbangan yang tidak berbelah bahagi dalam membawa bahtera perjuangan Islam di Gombak ini. Ini kerana kita semua ada peranan dan tanggungjawab.Amanah ini bukan hak milik dan hanya terpikul pada kepimpinanan semata-mata akan tetapi terpundak di bahu semua para pemuda.


    Saya berharap kita semua mampu memainkan peranan sebagai Ansarullah dan mampu beristiqamah dalam perjuangan ini. Seorang Sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW sesuatu yang dia menyatakan tidak akan soal orang lain lagi. Rasulullah SAW menjawap “berimanlah kepada Allah kemudian beristiqamah”. Kerja amal Islami sudah tentu memerlukan komitmen semua pemuda dalam melaksanakannya.


    Saya juga berharap dengan platform Dewan Pemuda ini, kita mampu mendekati golongan muda, turun di lapangan serta mengambil kesempatan yang ada di ketika ini apabila melihat kecenderungan golongan muda memihak kepada kita. Gunakan peluang yang ada untuk mendekati serta memahamkan mereka tentang dasar perjuangan kita ini. Apatah lagi dilihat kemudahan-kemudahan yang ada dibawah kerajaan Pkatan Rakyat perlulah dimanfaatkan.


    Di kesempatan ini juga, saya merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada kepimpinan sesi lepas terutama ketua dan timbalan ketua pemuda iaitu al-Fadhil Ust Hasbullah dan saudara Khairul Fahmi serta semua yang telah memberi tunjuk ajar serta komitmen yang telah diberikan selama ini. Sebenarnya ini merupakan suatu yang sukar dan pahit untuk diterima namun atas sifat bahawa perjuangan ini perlu diteruskan , saya menerima dengan rasa penuh tawaduk dan rendah diri. Saya mengharapkan dan merasa penuh keyakinan bahawa mereka akan terus memberi sumbangan pada Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak.

    Begitu juga, saya merakamkan ucapan terima kasih pada semua sahabat-sahabat pemuda yang hadir dalam mesyuarat agung tahunan Dewan Pemuda Pas Gombak kali ini, mudah-mudahan perjuangan kita ini diberkati dan diredhai Allah SWT.


    Wallahu A’lam


    Ust Syarhan Humaizi Abdul Halim

    Ketua

    Dewan Pemuda Pas Kawasan Gombak


    Monday, April 20, 2009

    TRANSFORMASI Gombak!

    Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Kawasan Gombak ke 14 semalam menyaksikan transformasi peringkat tertinggi apabila jawatan ketua dan timbalan ketua pemuda telah bertukar tangan daripada Ust Hasbullah Ridzwan dan Sdra Khairulfahmi Matsom kepada Ust Syrhan Humaizi Abd Halim dan Sdra Azizul Abu Bakar.

    Mesyuarat Agung kali ini diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar dan dirasmikan oleh YBhg. Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

    Transformasi ini berikutan pelan peralihan kuasa yang teratur berikutan pengunduran kedua-dua tokoh pemuda yang telah berkhidmat sebagi ketua dan timbalan ketua selama kira-kira 10 tahun semenjak 2000.

    Peralihan kuasa berlangsung dalam suasana yang cukup harmoni tanpa sebarang pertandingan di peringkat ketua, timbalan ketua, dan naib ketua meneruskan tradisi syura yang telah dipraktikkan beberapa sesi kepimpinan DPPG.

    Mesyuarat Agung kali ini bukan hanya menyaksikan tiada pertandingan di peringkat tertinggi, malah buat julung-julung kalinya juga turut menyaksikan kesemua calon ahli jawatankuasa (AJK) DPPG turut menang tanpa bertanding.

    Ini berikutan 12 daripada 20 calon yang layak bertanding menarik diri daripada pemilihan.

    Seminggu sebelum itu, turut berlaku transformasi di peringkat Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) apabila Dr Azimah Ibrahim memenangi pemilihan ketua sayap itu di dalam Mesyuarat Agung DMPG yang turut berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar.

    Beliau memenangi undi tertinggi di dalam pertandingan tiga penjuru di dalam mesyuarat berkenaan.

    Adakah transformasi seterusnya yang bakal berlaku?

    Sunday, April 19, 2009

    Bingkisan Untuk Pejuang

    Persembahan multimedia yang ditayangkan pada Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Gombak (DPPG) pada 19 April 2009.

    1. Aktiviti-aktiviti DPPG sepanjang sessi 2008/2009.


    2. Penghargaan Istimewa buat Ustaz Hasbullah Ridzuan dan Sdra Khairulfahmi Matsom yang telah menerajui Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai Ketua dan Timbalan Ketua selama sepuluh tahun semenjak 2000 hingga 2009.

    Thursday, April 16, 2009

    Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Gombak kali ke 14

    Kepada semua AJK, Ketua Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan Ahli Pemuda PAS Kawasan Gombak diminta hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak kali ke 14 sepertimana berikut :

    Tarikh : 19 April 2009
    Tempat : Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar
    Masa : 8.00 pagi


    Wednesday, April 15, 2009

    Ucapan Takziah Kepada Ketua Pemuda Gombak

    AJK & seluruh ahli Pemuda PAS Gombak merakamkan ucapan takziah kepada Ust Hasbullah Mohd Ridzwan dan keluarga di atas pemergian ibu mertuanya lewat petang semalam (14 April).

    Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya dalam perjalanan ke Hospital Kuantan akibat jangkitan pada paru-paru.

    Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Gombak telah menghantar rombongan ziarah bersama 3 buah kereta ke kediaman mertua beliau di Temerloh malam tadi. Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah dan berdoa agar ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah

    Ketua Penerangan
    Dewan Pemuda PAS Gombak

    Monday, April 13, 2009

    Pesta Sukan Bolasepak & Bola Jaring PASTI Gombak Meriah

    Pesta Sukan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Kawasan Gombak berlangsung dengan penuh meriah pada 11 April lalu bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Bolton. Acara dwi tahunan ini merupakan salah satu aktiviti ko kurikulum PASTI yang bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kecerdasan mental serta fizikal para pelajar.

    Program yang dirasmikan oleh Pengarah PASTI Negeri Selangor, Ust Hasbullah Mohd Ridzwan disertai oleh 14 buah PASTI Kawasan Gombak.

    Selain memupuk semangat kesukanan di kalangan pelajar, pesta sukan ini juga mampu melahirkan bakat dan bintang dalam sukan yang disertai samada bolasepak dan bolajaring. Ini terbukti dengan kemunculan Adik Najmuddin dari PASTI Ummu Aiman, Taman Permata yang berjaya menjaringkan lebih 40 gol dalam perlawanan bolasepak tersebut.

    PASTI Ummu Aiman berjaya mendapat johan dalam kategori bolasepak manakala PASTI AlQamar meraih tempat kedua. Kategori bolajaring pula di menangi oleh PASTI Ehsan dan naib johan ialah PASTI Ilmi Taman Permata.


    Aksi pelajar dalam perlawanan bolajaring


    Acara Perlawanan Bolasepak



    Pemain berbakat...Adik Najmudin menjaringkan lebih 40 gol dalam kejohanan kali ini

    Thursday, April 2, 2009

    Pemuda PAS Gombak Gempur Bukit Gantang

    Lebih 50 orang petugas-petugas pilihanraya dari Dewan Pemuda PAS Gombak telah bertolak ke Bukit Gantang bermula 27 - 31 Mac 2009. Rombongan pertama bersama 12 buah kereta telah tiba di DUN Terong pada awal pagi 28 Mac. Ia adalah sebahagian daripada petugas-petugas PAS Kawasan Gombak yang di tugaskan di UPU Padang Gajah, DUN Terong.

    Antara aktiviti yang dijalankan di sana ialah program BBQ, wayang pacak, edaran risalah dan bahan kempen rumah ke rumah, memasang bendera & poster dan ceramah kelompok.

    Gelombang kedua ke Bukit Gantang dijangka akan dihantar oleh Pemuda PAS Gombak 3 hari sebelum pilihanraya berlangsung.


    bergambar bersama YB Dr Rani di Markaz UPU Padang Gajah


    Program Wayang Pacak


    BBQ dan jamuan rakyat di Markaz UPU Padang Gajah


    Perarakan Penamaan Calon di Taiping





    Kerja memasang poster


    Memasang Bendera di sepanjang Jalan Padang Gajah


    bekalan buluh mudah didapati di Padang Gajah


    Edaran akhbar tamil di Estate / penempatan India


    Melepaskan kepenatan setelah 4 hari bertugas. Pusat peranginan Sungai Nyior, salah satu tempat menarik yang ada di UPU Padang Gajah

    Sunday, March 8, 2009

    Gambar Sekitar Demontrasi Anti PPSMI

    Sungguhpun himpunan 100,000 pada 7 mac, dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.


    Orang ramai berkumpul di masjid negara


    Berarak ke Istana Negara


    Polis mula melepaskan tembakan gas pemedih mata


    Oranga ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri


    Kelihatan Dato' Mahfuz Omar juga terpaksa menyelamatkan diri


    Ust Riduan Md Noor memberi semangat kepada org ramai supaya tidak berundur


    Polis menembak dan menyembur masjid negara


    Kelihatan Ketua Pemuda DPP Gombak terkesan dengan gas pemedih mata


    Antara Pemuda Gombak yang hadir

    Saturday, March 7, 2009

    Lawatan Mahabbah Pemuda PAS DUN Batu Buruk

    Dewan Pemuda PAS Gombak menertima kunjungan mahabbah dari Pemuda PAS DUN Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 6 Mac. Rombongan dengan sebuah bas tersebut tiba di Pejabat PAS Gombak jam 6 petang dan disambut oleh AJK DPP Gombak. Kehadiran mereka ke Kuala Lumpur juga bertujuan menyertai Himpunan anti PPSMI yang akan diadakan pada 7 mac.


    Ucapan aluan oleh Ketua Pemuda DPP Gombak


    Menerima saguhati daripada Pemuda PAS Dun Batu Buruk


    Perlawanan persahabatan Futsal DPP Gombak dan Pemuda PAS DUn Batu Buruk pada sebelah malam

    Berita Bergambar

    23 Feb- Usrah Gabungan DPPG di Taman Permata. Naqib jemputan oleh Ust Mokhtar Senik, Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS Pahang




    24 Feb - Saguhati kepada AJK DPPG yang menyambut kelahiran anak




    Wednesday, February 18, 2009

    Taklimat Perundangan Krisis DUN Perak



    17 Feb - PAS Kawasan Gombak telah menganjurkan satu siri penerangan khusus membincangkan kemelut politik dan perlembagaan di Perak dari kacamata perundangan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh peguam PAS, Sdr Hanipa Maidin yang juga merupakan AJK PAS Pusat.

    Hampir 200 orang dari kalangan pimpinan PAS Cawagan, Kawasan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Gombak hadir mendengar taklimat tersebut yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Seri Siantan, Batu Caves.

    Salah satu tujuan program tersebut diadakan ialah bagi memastikan kepimpinan mendapat maklumat yang betul dan mampu menguasai isu khususnya berkaitan kemelut politik dan perundangan yang berlaku di Perak.

    Wednesday, February 11, 2009

    Sokongan Moral Kepada Kerajaan PR Perak

    Ahad, 8/2/09 - Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Hampir 20 pemuda telah berkonvoi dengan 4 buah kereta menuju ke Ipoh sempena Himpunan Rakyat di Kediaman Menteri Besar Perak. Ceramah pada malam tersebut disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Y.B Nizar Jamaluddin dan Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.


    Berkumpul di Perkarangan Pejabat PAS Gombak Sebelum Bertolak


    Aksi sebahagian Pemuda Gombak di Hadapan Kediaman Menteri Besar Perak

    Lautan Manusia Memenuhi Kediaman Menteri Besar Perak


    Berita oleh : UKJ Gombak Setia




    Monday, February 9, 2009

    Jaulah Pemuda Rapatkan Ukhuwah

    Jaulah. Itulah kalimah yang muncul pada bengkel pelan tindakan Dewan Pemuda PAS baru-baru ini. Mungkin ada yang kali pertama mendengar kalimah tersebut, bagi mereka yang belajar bahasa arab, sudah memahami dari konteks maknanya.

    Apapun, program anjuran lajnah tarbiyah ini telah berjaya mengikat utuh hati-hati dan ukhuwah para pejuang. Program ringkas dimulai dengan solat asar berjemaah ditengah-tengah padang permainan Tasik Titiwangsa 'membuka' mata dan minda para pengunjung Tasik Titiwangsa. Itulah antara tujuan program Jaulah, melorongi persepsi dan minda masyarakat tentang tuntutan ibadah dalam Islam.

    Kuliah lima minit atau 'kulim' selepas solat berjemaah ibarat 'charger' yang mengecas semangat waja para pemuda. Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Khairul Fahmi dalam ucapannya menegaskan adalah amat penting program-program pembinaan dan penyatuan fikrah seperti ini dalam gerakerja dakwah dan siasah khususnya para pemuda. Kelangsungan dan kejayaan sesuatu aktiviti yang dijalankan adalah bergantung kepada sejauh mana kekuatan fikrah dan ukhuwah para pemuda. Kehadiran bersama ahli keluarga pada program ini menambahkan lagi semangat ukhuwah sesama ahli.

    Oleh itu, program jaulah seperti ini perlulah di laksanakan sekerap yang mungkin dalam usaha pembentukan dan pembinaan amilin yang mempunyai hati yang cintakan ukhuwah fillah.