Wednesday, May 20, 2009

Seruan Untuk Pemuda PAS Gombak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita rafa’syukur pada Allah SWT di atas nikmatnya kita masih berada dalam hidayah Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, keluarganya dan sahabatnya.

Sahabat Pemuda Gombak yang dikasihi sekelian

InsyaAllah pada hari Sabtu 23 Mei 2009 Dewan Ulama Pas Pusat akan menganjurkan Sambutan Jubli Perak Kepimipinan Ulama (S25KU) yang akan diadakan di Dewan Dato Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah Taman Melewar. Program sehari suntuk di susun dengan pelbagai kertas kerja yang akan dibentangkan oleh tokoh ulama yang ada dalam PAS.

Pemuda Gombak alhamdulillah diamanahkan sebagai Urusetia Persiapan. Segala urusan menaikkan banner, banting, bendera di setiap jalan masuk, susun kerusi dalam dewan, persiapan pentas akan di uruskan oleh Pemuda Gombak. Ini adalah salah satu sumbangan jihad kita dalam menjayakan program yang amat penting ini dalam melihat kesinambungan dan peranan kempimpinan ulama. Bertepatan dengan tema sambutan tersebut iaitu “Memperkukuh Kepimpinan Ulamak”.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Taubah ayat 105 :

Yang bermaksud : dan katakanlah : bekerjalah (beramallah) kamu,maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Justeru, setiap Pemuda Gombak mesti melibatkan diri serta memberi komitmen yang jitu dalam melaksanakan tugas ini. Pemuda di setiap DUN semuanya tidak terkecuali dan insyaAllah nantikan arahan yang akan di keluarkan oleh pihak sekteriat Dewan Pemuda Pas Gombak.

Daripada,

Ketua Pemuda Gombak

0 comments:

Post a Comment