Wednesday, January 14, 2009

Pemuda PAS Gempur Kuala Terengganu

Seramai 45 orang petugas dari kalangan pemuda PAS Gombak telah turun ke Kuala Terengganu bagi membantu calon PAS yang bertanding pada pilihanraya kecil Kuala Terenganu. Sebanyak 11 buah kereta bekonvoi ke Kuala Terengganu pada 9 Januari jam 12.00 tengah malam. PAS Kawasan Gombak telah diamanahkan untuk bertugas bermula 10 - 12 Januari di Dun Ladang. Penyertaan pemuda PAS Gombak kali ini merupakan yang paling ramai dalam sejarah penglibatan pemuda PAS dalam pilihanraya kecil.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ziarah rumah ke rumah bertemu pengundi dan merayu undi, mengedarkan risalah kempen, 'wayang pacak', jamuan rakyat (BBQ) dan mengiringi calon berkempen serta bertemu pengundi. Antara program yang popular dan mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan masyarakat setempat ialah 'wayang pacak' atau tayangan video. Segala perbelanjaan, peralatan dan pengurusan program selama 3 hari adalah hasil usaha dan sumbangan Dewan Pemuda PAS Gombak untuk pilihanraya kecil kali ini.

Dewan Pemuda PAS Gombak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang dalam menjayakan misi kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Semoga usaha yang sedikit ini akan mendapat keredhaan Allah dan di anugerahkan kemenangan. InsyaAllah.









0 comments:

Post a Comment