Tuesday, December 30, 2008

Pemuda Gombak Sertai Demonstarsi Mengecam Amerika & Israel

Dewan Pemuda PAS Gombak mengesa seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan zalim rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Israel terus menjadi bangsa yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Membunuh dengan kejam dan dahsyat rakyat Palestin yang lemah dan tidak berdosa. Membunuh umat Islam yang sedang tersepit dengan pelbagai kesukaran akibat dari mainan politik dunia dan kuasa besar yang zalim.

Isu serangan di Gaza adalah isu hak asasi manusia dan kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih keras bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sahaja. Sebagai orang Islam kita wajib bersama rakyat Palestin menyokong usaha mereka mendapatkan hak mereka.

Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 30 Disember 2008. Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji. Dewan Pemuda PAS Gombak tidak ketinggalan untuk menyertai perhimpunan ini dan akan terus menyokong sebarang usaha ke arah itu.


0 comments:

Post a Comment