Thursday, December 18, 2008

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu - Pemuda PAS Gombak sedia hantar petugas


Kekosongan kerusi Parlimen P036 Kuala Terengganu akan menyaksikan pilihanraya kecil akan diadakan pada 17 Januari 2009. Umum mengetahui kerusi tersebut adalah milik PAS dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat.


Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS kawasan Gombak bersedia untuk menyertai dan menghantar petugas pilihanraya seramai yang mungkin ke Kuala Terengganu. Arahan rasmi akan dikeluarkan kepada seluruh ahli pemuda PAS Gombak supaya turun bertugas bermula pada 12 – 17 Januari 2009. Walaubagaimanapun Pemuda PAS Gombak akan menyertai jentera Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan PAS Negeri Selangor dan akan patuh kepada arahan yangakan diberikan.


Dewan Pemuda PAS Gombak juga menyahut penegasan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Ustaz Nasharudin Mat Isa bahawa penyertaan PAS bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini untuk menang.


Berkenaan soal calon, kita patuh akan menerima siapa sahaja calon parti yang diisytiharkan atas keputusan Majlis Syura, bagi kita selaku jemaah Islam sentiasa diajar bahawa pilihan raya ini adalah satu peperangan jihad, maka serahkanlah jiwa dan hartabenda kita untuk memastikan kemenangan Islam, kita akan berjuang dalam pilihanraya dengan keyakinan dan tekad bahawa kemenangan yang diraih adalah kemenangan jemaah dan bukan kemenangan calon atau individu, insyaAllah.


Oleh

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Gombak


0 comments:

Post a Comment