10 Dis 2008, Taman Permata - Seperti tahun-tahun sebelumnya, Dewan Pemuda PAS Gombak akan menganjurkan Program Ibadah Korban bertujuan untuk memenuhi tuntutan agama dan memupuk semangat pengorbanan yang tinggi dikalangan pemuda dan masyarakat setempat. Program kali ini mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Hulu Kelang dan masyarakat sekitar Taman Permata Hulu Kelang.
Program kali ini juga menampakkan kelainan berbanding tahun sebelumnya dimana petugas korban, urusan agihan daging dan gotong royong memasak adalah terdiri daripada Pemuda PAS Gombak sendiri disamping dibantu oleh masyarakat sekitar. Dua ekor lembu berjaya ditumbangkan dan daging tersebut di agihkan kepada penduduk sekitar dan sebahagiannya di masak untuk menjamu petugas-petugas dan masyarakat sekitar.
Petugas-petugas yang terlibat telah menunjukkan semangat pengorbanan yang tinggi sebagaimana yang dituntut oleh agama. Tanpa mengira penat lelah dan habuan, mereka bekerjasama dan bertungkus lumus menyempurnakan ibadah yang amat dituntut ini. Disamping dapat merapatkan ukhwah islamiah, program ini juga mampu membangunkan kehidupan masyarakat yang harmoni dan mematuhi arahan agama.
Gambar koleksi Program Korban DPPG - klik disini
0 comments:
Post a Comment