Monday, February 2, 2009

Bengkel Pelan Tindakan DPPG 2009

1 Feb – Dewan Pemuda PAS Gombak telah menganjurkan satu Bengkel Pelan Tindakan bertempat di Dewan Annegrik, Kompleks Sukan Seri Siantan, Batu Caves. Program yang dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Gombak dan wakil UKJ Dun itu berlangsung sehari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.


Antara objektif utama program tersebut ialah perbincangan untuk merangka aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanankan oleh Dewan Pemuda PAS Gombak bagi tahun 2009. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Khairul Fahmi dalam ucapan aluannya menggesa agar Dewan Pemuda dapat memanfaatkan segala kekuatan dan sumber yang ada samaada dari segi kewangan ataupun tenaga manusia dalam memastikan program dan aktiviti yang bakal dilaksanankan mencapai kejayaan dan matlamat yang diharapkan.


Manakala Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak, Ust Hasbullah dalam ucapan penutup menasihatkan agar segala akiviti yang diatur dapat dijalankan dengan perancangan dan persediaan awal yang teratur serta tidak lupa dengan pertolongan dan tawakkal kepada Allah SWT.

Wednesday, January 14, 2009

Pemuda PAS Gempur Kuala Terengganu

Seramai 45 orang petugas dari kalangan pemuda PAS Gombak telah turun ke Kuala Terengganu bagi membantu calon PAS yang bertanding pada pilihanraya kecil Kuala Terenganu. Sebanyak 11 buah kereta bekonvoi ke Kuala Terengganu pada 9 Januari jam 12.00 tengah malam. PAS Kawasan Gombak telah diamanahkan untuk bertugas bermula 10 - 12 Januari di Dun Ladang. Penyertaan pemuda PAS Gombak kali ini merupakan yang paling ramai dalam sejarah penglibatan pemuda PAS dalam pilihanraya kecil.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk ziarah rumah ke rumah bertemu pengundi dan merayu undi, mengedarkan risalah kempen, 'wayang pacak', jamuan rakyat (BBQ) dan mengiringi calon berkempen serta bertemu pengundi. Antara program yang popular dan mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan masyarakat setempat ialah 'wayang pacak' atau tayangan video. Segala perbelanjaan, peralatan dan pengurusan program selama 3 hari adalah hasil usaha dan sumbangan Dewan Pemuda PAS Gombak untuk pilihanraya kecil kali ini.

Dewan Pemuda PAS Gombak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi menyumbang dalam menjayakan misi kempen pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Semoga usaha yang sedikit ini akan mendapat keredhaan Allah dan di anugerahkan kemenangan. InsyaAllah.









Tuesday, January 13, 2009

Sekitar Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Lebih 30, 000 penyokong Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endot ke pusat penamaan calon. Sebelum itu kira-kira pukul 7.30 pagi, solat hajat dilakukan di surau tersebut.

Kira-kira pukul 9.20 pagi, calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot memasuki pusat penamaan calon diiringan Presidennya, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin juga turut berada di pusat penamaan calon.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak juga menghantar wakil untuk memberi sokongan kepada calon PAS yang akan bertanding pada Pilihanraya kali ini. Rombongan DPP Gombak di ketuai oleh Ust Hasbullah Mohd Ridzwan selaku ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Tuesday, December 30, 2008

Pemuda Gombak Sertai Demonstarsi Mengecam Amerika & Israel

Dewan Pemuda PAS Gombak mengesa seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan zalim rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Israel terus menjadi bangsa yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Membunuh dengan kejam dan dahsyat rakyat Palestin yang lemah dan tidak berdosa. Membunuh umat Islam yang sedang tersepit dengan pelbagai kesukaran akibat dari mainan politik dunia dan kuasa besar yang zalim.

Isu serangan di Gaza adalah isu hak asasi manusia dan kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih keras bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sahaja. Sebagai orang Islam kita wajib bersama rakyat Palestin menyokong usaha mereka mendapatkan hak mereka.

Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada 30 Disember 2008. Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji. Dewan Pemuda PAS Gombak tidak ketinggalan untuk menyertai perhimpunan ini dan akan terus menyokong sebarang usaha ke arah itu.


Friday, December 26, 2008

hjybx6lfjgvbdvvprl7.jpg

Monday, December 22, 2008

Smart Solat Pertingkat Pengetahuan Ibadah dikalangan Kanak-kanak & Remaja

Bertempat di Surau Al-Mardhiyah Taman Melawati telah berlangsung satu program SMART Solat untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Program SMART Solat anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, UKJ Hulu kelang dengan kerjasama Surau Mardhiah, taman melawati telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Saari Sungib ADUN Hulu Kelang.

Seramai 134 kanak-kanak lelaki dan perempuan telah menyertai program ini yang bertujuan memberi tunjuk ajar serta panduan yang betul mengenai solat seawal usia 6 tahun. Program ini adalah lanjutan daripada beberapa program SMART Solat yang telah diadakan sebelum ini.

Program yang bermula jam 8.30 pagi di dahului dengan ucapan oleh tuan imam Surau Al-Mardhiyah dan diikuti oleh ucapan dan perasmian oleh YB.

Selepas itu para-ibu bapa meningalkkan anak-anak masing-masing dan program diteruskan dengan pembahagian kumpulan oleh para fasilitator dari Darul Quran Kuala Kubu iaitu sebuah kolej tahfiz tajaan JAKIM.

Aktiviti pembelajaran telah disampaikan oleh Uztaz Kamalulhisyam @ Farhan.

Program in iterbahagi kepada beberapa bab seperti wudhu, solat, gerak kerja berkumpulan yang dibantu oleh fasilitator dan praktikal solat.

Para peserta juga telah disediakan dengan minum pagi, makan tengahari dan minum petang dan pada akhir program, para peserta menerima sijil penyertaan dari penganjur.



Saturday, December 20, 2008

Majlis Khatan Pemuda Gombak Meriah

Kg. Nakhoda, 19 Dis - Majlis khatan anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 11 MPS dengan kerjasama Unit Amal Gombak berlangsung dengan meriah dan penuh tradisi. Program ini adalah sebahagian acara tahunan Dewan Pemuda PAS Gombak bertujuan untuk memberi perkhidmatan sosial kepada masyarakat selain memenuhi tuntutan syariat kepada kanak-kanak yang bakal menempuh alam remaja.

Hampir 30 orang kanak-kanak menyertai program khatan beramai-ramai kali ini yang berumur dalam lingkungan 10-12 tahun. Program dirasmikan oleh Ust Hasbullah Mohd Ridwan, Ahli Majlis Perbandaran Selayang yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Gombak.

Acara tahun ini berlangsung dengan suasana meriah dan penuh tradisi. Kanak-kanak yang menyertai khatan kali ini di arak dengan paluan kompang dan bunga manggar serta di bawa mengelilingi kampung dengan menaiki lori. Ini sekurang-kurangnya memberi keseronokan dan mengurangkan rasa gementar di kalangan mereka.

Apa yang menarik program ini mendapat liputan daripada wartawan reuters (Malaysia,) Bazuki Muhammad dan disiarkan di dalam blog di http://bazuki.com/recentworks/

lagi liputan program khatan :

1. Reuters
4. Edward, seorang blogger US >> http://edwardv. livejournal. com/